Tuesday, September 16, 2008

Saja-saja untuk renungan..

Secara umum, bersedekah secara sembunyi-sembunyi jauh lebih utama jika dibanding dengan sedekah secara terang-terangan, kecuali jika disana ada maslahat yang menuntut seseorang untuk memperlihatkan sedekahnya kepada orang lain, seperti memberikan contoh yang baik kepada masyarakat dan lain-lainnya. Kerana sedekah secara sembunyi-sembunyi lebih dekat kepada keikhlasan .
Pada akhir ayat 92 surat Ali Imran, secara tidak langsung Allah menganjurkan seseorang untuk mengikhlaskan niatnya ketika bersedekah. Allah berfirman : “ Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya “ iaitu walaupun manusia tidak mengetahui bahawa kita telah bersedekah, akan tetapi Allah mengetahuinya, maka jangan cemas, nescaya Allah akan membalas apa yang telah kita sedekahkan .

No comments: