Friday, September 11, 2009

Untuk renungan bersama

Pakar matematik dari Kanada, Dr Gary Miller (Abdul Ahad Omar) yang mendalami ilmu teologi (ketuhanan) Kristian dihadiahkan al-Quran pada 1978, selepas membacanya menyedari kebenaran kitab itu dan kepincangan Bible
Pada mulanya beliau membaca al-Quran untuk mencari kesilapan di dalamnya tetapi terkejut apabila bertemu ayat 82, surah An-Nisa’ yang bermaksud:
“Apakah mereka tidak memperhatikan (merenung) isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan menemui pertentangan yang banyak di dalamnya.”
Katanya mengenai surah itu: “Prinsip sains ialah mencari dan mengesan kesalahan dalam teori sehingga dibuktikan betul. Apa yang menakjubkan ialah al-Quran menyuruh umat Islam dan bukan Islam cuba mencari kesalahan dalam buku ini dan memberitahu mereka tidak akan menjumpai satu pun.”

Beliau memeluk Islam dan kini menjadi pendakwah Muslim yang komited. Antara penulisan beliau ialah The Amazing Quran (Quran yang Mengagumkan). Beliau membuktikan al-Quran adalah wahyu dan tidak mungkin ditulis oleh manusia dengan menggunakan pendekatan saintifik.

No comments: