Thursday, November 5, 2009

Untuk renungan bersama: HASAD DENGKI

Firman ALLAH:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah daripada perasaan prasangka (buruk sangka), sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu ada dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Oleh yang demikian, bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha pengasih sayang.”
(Q.S. al-Hujurat: 12).

Salah satu tanda wujudnya penyakit hasad dengki ialah berlakunya perbuatan jatuh-menjatuhkan, pulau-memulau dan fitnah-memfitnah di kalangan segelintir anggota masyarakat dan sering berlaku di pejabat. Sindrom negatif ini wujud kerana ada yang kurang senang ataupun iri hati terhadap kelebihan ataupun kejayaan yang dinikmati oleh orang lain. Pada kebiasaannya, bila mana hasad dengki bersarang dalam dada, maka dia akan menterjemahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang. Dengan perbuatan keji itu, seseorang yang mempunyai sifat dengki itu mengharapkan yang kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya akan hilang atau turut dibenci oleh orang lain.
Lazimnya, orang yang mempunyai penyakit hasad dengki tidak pernah selesa dan tidak pernah merasa tenteram. Ini kerana setiap detik dia hanya memikirkan kelebihan serta keistimewaan yang dinikmati oleh orang lain di samping sentiasa memikirkan bagaimana menjatuhkan orang berkenaan serta merasakan dirinya wajar memiliki kelebihan itu.

No comments: